Koleksi Mistik

Petron Malaysia Laman Mikro Yellow Car - Terma & Syarat

Kempen Koleksi Mistik Bersama Petron ("Laman Mikro"), yang boleh diakses menerusi alamat berikut https://koleksimistik.withpetron.my, adalah permainan dalam talian interaktif yang disediakan oleh Petron Fuel International Sdn Bhd untukmembolehkan pengguna menavigasi dan mengalami legenda dan kisah-kisah mitosdi sekitar Malaysia, sambil dididik dan dimaklumkan mengenai kelebihan produk Petron TriAction Advantage dan Kad Loyalti Petron Miles. Pengguna yang mengikuti sehingga penghujung permainan akan berhak mendapat 500 Mata Ganjaran Petron Miles, yang boleh ditebus untuk bahan api yang bernilai RM5.00.

1.0. Penganjur

Petron Fuel International Sdn Bhd ("Penganjur"adalah penganjur Kempen Koleksi Mistik Bersama Petron (juga dikenali sebagai Kempen Penjenamaan Bahan Api Yellow Car).

2.0. Kelayakan

"Kempen Koleksi Mistik bersama Petron" ("Laman Mikro") terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Kategori peserta berikut TIDAK LAYAK untuk mengambil bahagian dalam LamanMikro ini (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai "Peserta Tidak Layak"):

  1. Kakitangan Tetap / Kontrak Syarikat dan / atau Syarikat Sekutunya;
  2. Peniaga stesen perkhidmatan Syarikat;
  3. Kakitangan agensi pengiklanan dan promosi Syarikat dan / atau Syarikat Sekutunya;
  4. Ahli keluarga terdekat (bapa, ibu, suami / isteri dan anak) bagi Peserta Tidak Layak

Para peserta perlu membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma & Syarat sebelum menyertai Laman Mikro.

Peserta tidak perlu menjadi ahli Petron Miles yang sedia ada / berdaftar untuk menyertai Laman Mikro. Walau bagaimanapun, jika peserta berhasrat untuk menerima Mata Ganjaran Petron Miles yang dikumpulkan di Laman Mikro, peserta perlu memperoleh Kad Loyalti Petron Miles yang sah yang boleh didapati di semua stesen Petron di seluruh negara, dan masukkan Nombor Kad tersebut ke dalam halaman "Akaun Saya" di dalam Laman Mikro.

Peserta boleh mengisi Nombor Kad Petron Miles mereka di mana-mana tempat penglibatan dalam Laman Mikro, tetapi tidak selepas. Apa-apa Nombor Kad Petron Miles yang diberikan selepas masa yang ditetapkan tidak akan diterima, dan Mata Ganjaran Loyalti Petron Miles yang diperoleh sepanjang Tempoh Pengumpulan Mata Ganjaran Loyalti akan dibatalkan.

3.0. Tempoh

Pengumpulan Mata Ganjaran Loyalti dalam Laman Mikro akan bermula dari jam 00:00 pagi, 10 Disember 2019 sehingga 11:59 malam, 31 Disember 2020 ("Tempoh Pengumpulan Mata"). Pihak Penganjur mempunyai hak mutlak untuk memendekkanatau memanjangkan Tempoh Pengumpulan Mata jika diperlukan, tanpa memberikannotis terlebih dahulu.

4.0 Arahan Laman Mikro dan Permainan

Pilih aksi yang anda mahu watak-watak di Laman Mikro untuk lakukan ("Soalan Dalam Cerita"), dan mata ganjaran akan diberikan dengan sewajarnya. Mata Ganjaran juga akan diberikan selepas melakukan aksi yang diminta ketika berinteraksi dengan Laman Mikro. Mata Ganjaran akan diberikan menurut senarai dibawah:

  1. Menonton Komersial TV, 14 Mata Ganjaran Petron Miles setiap soalan.
  2. Soalan Berjanama Petron, 5 Mata Ganjaran Petron Miles setiap soalan.
  3. Soalan Dalam Cerita, 2 Mata Ganjaran Petron Miles setiap soalan.

Kempen Koleksi Mistik bersama Petron adalah “permainan-dimenangi-semua”. Selagi peserta mengikuti semua bahagian kandungan yang dikemas kini secara berperingkat semasa Tempoh Pengumpulan Mata Ganjaran, para peserta boleh mengumpul 500 Mata Ganjaran Petron Miles secara kumulatif.

Para peserta boleh mengulangi permainan sebanyak mana yang dihendaki, tetapi Mata Ganjaran hanya akan diberikan dalam pusingan pertama permainan.

5.0. Pemberitahuan Pemenang

Peserta Laman Mikro akan dimaklumkan melalui SMS apabila Mata Ganjaran Petron Miles yang diperolehi telah dikreditkan ke dalam Kad Loyalti Petron Miles.

Peserta tidak perlu menjadi ahli Petron Miles yang sedia ada / berdaftar untuk mengumpul mata di Laman Mikro. Untuk menerima Mata Ganjaran yang terkumpul, peserta perlu memperoleh Kad Loyalti Petron Miles sah, yang boleh didapati di semua Stesen Petron di seluruh negara.

Kad Loyalti Petron Miles yang sah mestilah direkodkan dalam halaman "Akaun Saya" selewat-lewatnya pada 23:59 PM 10 Januari 2020 untuk proses Pengkreditan Mata. Mana-mana Nombor Kad yang disediakan selepas masa yang ditetapkan tidakakan diterima, dan Mata Ganjaran Loyalti Petron Miles yang diperoleh sepanjang Tempoh Pengumpulan Mata Ganjaran Loyalti akan dibatalkan.

Peserta yang ingin menebus Mata Ganjaran Petron Miles Loyalti yang dikumpulkan PERLU menjadi ahli berdaftar yang sah. Pendaftaran boleh dilakukan melalui SMS, atau melalui laman web Petron Miles Loyalti.

Proses pengkreditan mata ganjaran boleh mengambil masa sehingga 4-8 minggu. Pengkreditan mata ganjaran akan dijadualkan setiap bulan. Mata Ganjaran yang dikumpul adalah sahih sewaktu Tempoh Pengumpulan Mata Ganjaran (23:59, 31 Disember 2020).

Semua maklumat peribadi yang diberikan oleh peserta akan dikawal oleh Dasar Privasi & Perlindungan Data Peribadi Penganjur di https://www.petron.com.my/web/Media/uploads/Data_Protection_Act_2010_-_Notice_to_All_Customers_(Law_11.7_.2014)_.pdf. Para peserta Laman Mikro dimaklumkan telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma-terma peruntukan tersebut.

6.0 Liabiliti dan Tanggungjawab

Kisah-kisah yang dipaparkan di Laman Mikro adalah berdasarkan kepada legenda dan mitos di seluruh Malaysia, dan cerita-cerita ini adalah karya fiksyen. Nama, watak, perniagaan, tempat, peristiwa, dan insiden digunakan secara fiktif. Mana-mana kemiripan kepada orang sebenar, hidup atau mati, adalah kebetulan semata-mata.

Menghormati arah kreatif kempen, elemen terkejut yang menakutkan adalah untuk tujuan hiburan. Pemenang akan mengambil liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya sekiranya terdapat sebarang liabiliti, kecelakaan, kecederaan, kerugian, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) yang terhasil akibat penyertaan dalam Laman Mikro, penebusan dan / atau penggunaan hadiah. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang liabiliti, kecurian, kerugian, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) dalam apa juacara. Semua kos, yuran dan / atau perbelanjaan lain yang berkaitan dengan penyertaan dalam Laman Mikro dan penebusan hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.

Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kesilapan, peninggalan, gangguan, penghapusan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, akses tanpa kebenaran atau pengubahan komunikasi pengguna, atau sebarang masalah atau kerosakan teknikal di Laman Mikro Penganjur.

Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana kandungan yang dimuat turun akibat daripada penggunaan Laman Mikro.

Dengan penyertaan Laman Mikro, Peserta bersetuju untuk sepenuhnya menanggung rugi dan melepaskan Penganjur dan syarikat sekutunya dari sebarang dan semua liabiliti, kerugian, ganti rugi, tuntutan (termasuk tuntutan pihak ketiga) dan aksi akibat daripada penerimaan, pemilikan, penggunaan atau penyalahgunaanhadiah atau penyertaan Laman Mikro, termasuk, tanpa batasan, kecederaan, kematian, dan kerosakan harta benda.

7.0. Hak Penganjur

Pemilihan pemenang akan berdasarkan syarat kriteria kelayakan Laman Mikro dan ditentukan berdasarkan budi bicara mutlak Penganjur. Keputusan Penganjur mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Laman Mikro (termasuk tanpa batasan, pemilihan pemenang, dan permainan dan / atau sebarang resolusi yang dibuat) adalah muktamad dan mutlak dan tertakluk kepada peserta. Tiada perbincangan, surat menyurat, pertanyaan, rayuan atau cabaran berkenaan dengan sebarang keputusan Penganjur akan dilayan.

Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan barang lain yang bersamaan nilai pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan / atau apa-apa bentuk kredit selain yang dinyatakan oleh Penganjur (jika ada) dan hanya akan diberikan kepada pemenang terpilih yang memenuhi kriteria penganugerahan hadiah yang ditetapkan Penganjur, mengikut budi bicara mutlak Penganjur.

Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya tiada penerimaan atau penghantaran tertunda apa-apa bentuk notifikasi kepada Peserta. Semua kos atau perbelanjaan yang bersampingan dengan penyertaan Peserta di Laman Mikro dan penebusan dan / atau penggunaan hadiah termasuk tetapi tidak terhad kepada perbelanjaan perjalanan atau penginapan ke lokasi seperti yang ditetapkan oleh Penganjur untuk acara pemberian hadiah (jika ada) akan ditanggung sepenuhnya oleh pemenang.

Penebusan dan penggunaan hadiah adalah seperti yang dinyatakan oleh Penganjur, berdasarkan budi bicara tunggal dan mutlak mereka.

Pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicaranya, untuk membatalkan kelayakan Peserta yang didapati atau disyaki mengganggu dengan mekanik Laman Mikro, operasi Laman Mikro, atau yang didapati melanggar Terma dan Syarat ini. Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk memberikan hadiah ganti untuk hadiah yang telah dihentikan, dibatalkan, atau digunakan dengan tidak wajar sama ada disebabkan oleh penipuan atau isu teknikal.

Penganjur, syarikat sekutunya, anak syarikatnya, dan ejennya tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa cara untuk perkara berikut: a) apa-apa perbelanjaan tambahan yang ditanggung oleh Peserta untuk mengambil bahagian dalam Laman Mikro; b) apa-apa kegagalan teknikal; c) campur tangan oleh pihak yang tidak dibenarkan semasa interaksi dengan Laman Mikro; d) kesilapan elektronik atau manusia dalam pentadbiran Laman Mikro dan pemprosesan penyertaan; e) sebarang kemasukan data yang hilang, dicuri, rosak, dihantar secara salah atau tidak diterima.

Peserta bersetuju bahawa imej dan/atau kesamaan, boleh digunakan oleh Penganjur dan/atau syarikat sekutunya dalam mana-mana publisiti dan bahan promosi terkini dan/atau masa depan yang berkaitan dengan Laman Mikro ini.

Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menukar, membatalkan, menamatkan atau menangguhkan Laman Mikro pada bila-bila masa dalam Tempoh Pengumpulan Mata Ganjaran Loyalti tanpa pemberitahuan terlebih dahulu. Untuk mengelakkan keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan oleh Penganjur Laman Mikro tidak akan memberi hak kepada Peserta untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan terhadap Penganjur untuk sebarang atau semua kerugian atau kerosakan yang dialami atau kos dan perbelanjaan yang dialami Peserta sama ada secara langsung dan / atau secara tidak langsung akibat daripada atau berkaitan dengan pembatalan, penamatan atau penggantungan Laman Mikro oleh Penganjur.

Dengan menyertai Laman Mikro ini, Peserta telah dianggap membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini, dan menerima bahawa semua keputusan oleh Penganjur adalah muktamad. Penganjur mempunyai hak untuk menukar, meminda, menambah atau memadamkan mana-mana Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu kepada para peserta dan para peserta bersetuju untuk terikat dengan perubahan tersebut.

Pihak Penganjur akan membatalkan penyertaan mana-mana permohonan/penyertaan, di mana pada pendapat pihak Penganjur, Peserta secara sengaja atau tidak sengaja mengemukakan kandungan media yang disifatkan lucah, memfitnah, tidak senonoh, provokatif dari segi politik atau secara umumnya menyinggung perasaan umum atau segolongan masyarakat. Permohonan/penyertaan yang dikemukakan yang mengandungi maklumat palsu atau menggunakan identiti palsu atau butir-butir lain dengan niat untuk menipu atau memberi gambaran yang salah kepada Penganjur akan dibatalkan dengan sewajarnya.

Sekiranya berlaku sebarang pertikaian yang timbul daripada Laman Mikro termasuk tetapi tidak terhad kepada tuntutan hadiah, faedah dan / atau kelebihan yang berkaitan, bukti dokumentasi yang betul diperlukan seperti butiran akaun e-mel, rangkaian media sosial dan / atau aplikasi mudah alih atau notifikasi yang berkaitan. Keputusan yang dibuat oleh Pihak Penganjur dengan ini adalah muktamad dan terikat kepada pihak-pihak yang dipertikaikan

Peserta bersetuju untuk membenarkan Penganjur menggunakan semua maklumat yang diperoleh sepanjang proses permohonan dan pendaftaran Laman Mikro. Penganjur boleh, untuk tujuan ini, mendedahkan apa-apa maklumat kepada pihak ketiga sebagaimana yang mungkin diperlukan mengikut amalan perniagaan yang sewajarnya. Penganjur adalah komited untuk melindungi hak Peserta untuk privasi dan keselamatan data menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan regulasi yang berkaitan. Penganjur akan memastikan semua maklumat peribadi akan diproses dengan tekun dengan mematuhi undang-undang sedia ada.

Laman Mikro ini tidak dalam apa-apa bentuk ditaja, digalakkan, disokong dan/atau dikendali oleh individu tiada berkelayakan atau badan korporat yang terlibat dengan sebarang amalan perniagaan yang menyalahi undang-undang atau yang mempunyai praktis kurang wajar.

Apa-apa hak Harta Intelektual yang wujud sama ada secara keseluruhan atau sebahagian dalam kompilasi, kerja kolektif, atau kerja derivatif lain yang diwujudkan berhubung dengan Laman Mikro akan dimiliki dan/atau dibenarkan, dilesenkan atau ditugaskan oleh Penganjur dari segi undang-undang dan/atau undang-undang umum.